top of page
Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi yang paling pesat berkembang di Malaysia. Penghasilan dan pertumbuhan produk pelancongan telah mewujudkan peluang-peluang kerjaya yang luas dalam industri. Matlamat industri adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menetapkan satu tahap yang cemerlang dan berkualiti. Seseorang itu mestilah berwibawa bukan sahaja dalam kemahiran teknikal tetapi juga dalam kemahiran interpersonal. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MoHE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan hospitaliti ke dalam program pendidikan Politeknik Malaysia sejak tahun 1998. Salah satu politeknik yang menawarkan program ini adalah Politeknik METrO Kuantan (PMKu) di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
​
Visi : Melahirkan tenaga kerja mahir dan mampu untuk mengadaptasi, menerokai dan menerajui bidang pelancongan dan hospitaliti.
Misi : Menjadi sebuah jabatan pendidikan yang unggul dalam bidang pelancongan dan hospitaliti.

Diploma Pengurusan Pelancongan
Graduan akan mempunyai pengetahuan, kemahiran teknikal dan sikap untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru dan cabaran dalam bidang pelancongan.
​
Objektif Program Diploma Pengurusan Pelancongan ini akan melahirkan pekerja separa profesional yang: 

(1) dapat menyampaikan pemahaman kritikal berasaskan pengetahuan, berkoordinasi dengan pembangunan kemahiran teknikal yang tinggi dan dipaparkan dengan sikap yang berkualiti dalam bidang pelancongan; (2) dapat berkomunikasi secara berkesan dan mampu berkemahiran sosial, berkepimpinan tinggi dan bersedia untuk bertanggungjawab ke arah negara dan masyarakat membangun; (3) dapat membangunkan dan menyesuaikan diri beberapa kemahiran utama dan analisis teknikal dalam menangani pelbagai permasalahan; (4) dapat menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya yang berjaya.

 

Bagi pelajar PMKu, maklumat lanjut tentang matlamat dan objektif program, boleh didapati di Portal CIDOS : portal.cidos.edu.my

PENGENALAN JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
bottom of page