top of page
PROGRAM DUP SECARA PEMBELAJARAN TERADUN, SEPENUH MASA DAN LUAR KAMPUS

Politeknik METrO Kuantan (PMKu) pada hari ini berusaha mengorak langkah ke hadapan dalam mentransformasikan bidang pendidikan Politeknik Malaysia dengan mengemukakan cadangan pelaksanaan Program Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) secara pembelajaran teradun (blended learning) sepenuh masa dan pengajian luar kampus (off campus). Ringkasnya, Program BLOC-DUP.

 

Cadangan pelaksanaan ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam Lonjakan ke-9 : Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL), Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dan Polisi ePembelajaran Politeknik (PePP).

 

Definisi operasi (OD) Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM).

 

Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua PoliteknikPoliteknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. JPP berdasarkan keputusan CAP ePembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini akan bermula dari 2014.

bottom of page